登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Perkukuh sistem waktu bekerja PPS, KKM akan keluar garis panduan baharu

发布:5/7/2026 阅读:1

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,7 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan satu garis panduan baharu bagi memperkukuh sistem waktu bekerja fleksibel Pegawai Perubatan Siswazah (PPS).

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian berhubung dakwaan PPS di negara ini bekerja sehingga 10 hingga 15 jam lebih masa tanpa bayaran seperti yang dibangkitkan Malaysian Medics International (MMI),sebelum ini.

Menurut MMI,PPS didakwa terpaksa bekerja antara 65 hingga 85 jam seminggu sehingga mencetuskan isu kepenatan melampau.

Dilaporkan bahawa mereka bekerja melebihi had masa yang sepatutnya berikutan kekurangan kakitangan di sesetengah hospital kerajaan,yang dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan dan keselamatan pesakit.

Sementara itu,Ketua Pengarah Kesihatan,Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata,prinsip asal bahawa PPS berada di hospital untuk latihan,perlu dikembalikan.

“Mereka bukanlah ‘extra pair of hands’ semata-mata,tetapi mereka berada di sana untuk latihan. Isu pelaksanaan di lapangan sedang diperbaiki dari segi tadbir urus bagi memastikan waktu bekerja mereka mematuhi piawaian,” ujarnya pada majlis sama.

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们