登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Malaysia perlu bina keupayaan teknologi sendiri

发布:5/7/2026 阅读:1

Foto FB Gobind Singh Deo

SUBANG JAYA,7 Mei– Malaysia perlu membina keupayaan teknologi tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap platform dan sistem asing,khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut beliau,perkembangan AI turut menjadikan usaha memperkukuh bakat tempatan semakin penting bagi memastikan negara bersedia menghadapi perubahan teknologi masa depan.

Kerajaan tidak boleh menolak teknologi luar sepenuhnya,namun pada masa sama perlu membangunkan kepakaran tempatan agar Malaysia mampu membina sistem dan penyelesaian teknologinya sendiri.

“Jadi di situ perlu kita memberi tumpuan kepada memastikan bahawa kita ada bakat yang mencukupi dalam negara kita supaya apabila teknologi baru ini sampai ke negara kita,kita mempunyai masyarakat yang memang bersedia untuk menggunakan teknologi,” katanya.

Dalam pada itu,Gobind menegaskan aspek keselamatan data rakyat turut menjadi keutamaan kerajaan menerusi pelaksanaan undang-undang serta pemantauan oleh agensi berkaitan termasuk CyberSecurity Malaysia.

“Data itu sangat penting kepada kita. Keselamatan itu adalah keutamaan,” katanya.

Beliau menambah,kerjasama antara kerajaan dengan industri dan institusi akademik perlu diperkukuh bagi memastikan Malaysia mampu membina ekosistem digital yang mampan serta berdaya saing di peringkat serantau dan global.

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们