登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Insentif RM200: Pesawah mahu agihan lebih bersasar dan disalur segera

发布:5/6/2026 阅读:2

Pesawah melakukan kerja-kerja menyemai benih padi di petak sawah/Foto fail BERNAMA

YAN,6 Mei – Golongan pesawah berharap bayaran pendahuluan RM200 sehektar di bawah Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) dapat disalurkan segera bagi membolehkan kerja pembajakan dimulakan.

RINGKASAN BERITA AI

Semalam Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu,berkata beliau telah mengarahkan pihak kementerian untuk memuktamadkan segera proses pelaksanaan bayaran terbabit.

Pesawah turut memohon kerajaan menilai semula pemberian insentif supaya memberi keutamaan kepada pesawah kecil yang terkesan.

“Sekurang-kurangnya bantuan ini bantu kami mulakan kerja penanaman,terutama dengan kos diesel yang semakin meningkat,” kata pesawah,Mohd Rosdi Yahya

Dalam masa sama,pesawah menggesa penyelesaian jangka panjang terhadap masalah padi angin dan penyakit tanaman yang menjejaskan hasil.

“Kemerosotan hasil sekarang agak ketara. Jika tidak ditangani,masalah ini akan berterusan,” kata pesawah Basrul Saidin.

Pengusaha jentera pula memaklumkan kenaikan kos diesel dan alat ganti turut memberi tekanan kepada operasi pembajakan.

Terdahulu,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 bagi setiap hektar sawah RM200 sehektar bagi mengurangkan beban 240,000 pesawah berdaftar.

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们