
Peniaga di Pahang berkata,penurunan sewa berpotensi menarik lebih ramai peniaga baharu untuk menyewa premis perniagaan milik kerajaan /Foto BERNAMA
KUANTAN,6 Mei – Langkah menurunkan kadar sewa premis perniagaan milik agensi kerajaan disambut baik oleh peniaga kecil di Kuantan yang menyifatkan inisiatif itu mampu meringankan beban kos operasi yang semakin meningkat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Saya sebagai penyewa premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) rasa bersyukur dapat kurangkan kos sewaan,jadi boleh beli barang untuk jahitan,” katanya.
Sementara itu,peniaga aksesori,Noraniza Mohamad berharap penurunan sewa dapat diteruskan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Kalau betul-betul dapat,memang sangat bagus untuk perniagaan. Sekarang ini banyak kos naik,” menurutnya.
Peniaga baju kanak-kanak dan aroma terapi,Khairunnisa Abu Bakar pula berkata,pengurangan sewa berpotensi membantu menurunkan harga jualan serta menarik lebih ramai pelanggan.
“Setakat ini harga masih mampu milik,cuma kalau dapat murah lagi kita boleh turunkan harga jualan. Mungkin boleh tarik lebih ramai pelanggan sebab di sini masih kurang penyewa,” katanya.
Bagi pengusaha kedai percetakan,Andy Helmi Tajuddin,penurunan sewa akan membantu peniaga menawarkan harga lebih kompetitif kepada pelanggan.
“Kalau dapat turunkan,ia banyak membantu dari segi kos. Kita pun boleh kurangkan harga jualan,” katanya.
Semalam,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kadar sewa premis perniagaan milik semua agensi Kerajaan Persekutuan seperti MARA dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) diturunkan bermula bulan ini bagi meringankan beban peniaga kecil.
Selain itu,kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) turut digesa mengambil langkah sama bermula bulan ini.
Pelaksanaan itu bertujuan membantu peniaga yang terkesan akibat peningkatan kos,manakala kadar baharu sewaan akan diumumkan dalam masa terdekat.
微信扫一扫 立即联系我们