
Ketua Pesuruhjaya SPRM,Tan Sri Azam Baki bersama 4 lukisan ikonik 1MDB
PUTRAJAYA,6 MEI 2026 – Usaha memburu dan memulihkan aset berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mencatat kejayaan besar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membawa pulang empat karya seni ikonik bernilai tinggi dari New York,Amerika Syarikat.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurutnya,pemulihan aset berkenaan adalah hasil kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan antarabangsa termasuk FBI dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (US Department of Justice),yang menjadi pemangkin utama kejayaan operasi rentas sempadan tersebut.
Tan Sri Azam turut memaklumkan SPRM kini sedang giat menjejaki kira-kira AS$2 bilion (RM7.9 bilion) lagi aset berkaitan 1MDB dan menyasarkan untuk memulihkannya menjelang akhir tahun 2027.
“Usaha untuk memulangkan lagi kira-kira RM2 bilion merupakan satu cabaran besar yang perlu ditempuh pada masa akan datang,khususnya dari segi aspek perundangan dan proses berkaitan,” katanya.
Tambah beliau,kadar pemulihan aset 1MDB setakat ini telah mencapai 74.5%,bersamaan RM31.3 bilion daripada RM42 bilion yang diselewengkan,sekali gus melepasi sasaran awal kerajaan iaitu 70%.
Antara aset lain yang turut berjaya dipulihkan sebelum ini termasuk kapal mewah Equanimity,jet peribadi,hartanah luar negara serta penyelesaian global dengan institusi kewangan antarabangsa.
微信扫一扫 立即联系我们