
Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU,6 Mei – Pengusaha perniagaan di Johor menyambut baik pengumuman Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,berhubung cadangan penurunan kadar sewa premis milik semua agensi Kerajaan Persekutuan yang disifatkan mampu meringankan beban operasi peniaga.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,peniaga gerai Majlis Bandaraya Johor Bahru,Norizah Ismail menyifatkan langkah tersebut sebagai sesuatu yang dinantikan peniaga.
“Walaupun sedikit,alhamdulillah itu yang kami harapkan. Terima kasih kepada kerajaan,” katanya.
Seorang lagi peniaga,Raendang Awang turut menyokong cadangan berkenaan kerana ia turut memberi kesan kepada harga jualan kepada pelanggan.
“Kita sokong untuk turunkan sewa supaya beri manfaat kepada pelanggan,jadi tak perlu naikkan harga makanan dan minuman,” katanya.
Secara keseluruhan,cadangan penurunan sewa premis kerajaan itu dilihat berupaya membantu kelangsungan perniagaan kecil untuk terus berdaya saing dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
微信扫一扫 立即联系我们