
Jualan Rahmah MADANI tarik penduduk PPR
KUALA LUMPUR,6 Mei – Program Jualan MADANI terus memberi kelegaan kepada penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa,Maluri apabila barangan keperluan harian ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding pasaran semasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kalau macam ayam sekitar RM10,kalau tempat lain kita beli RM20. Ini baguslah macam ni,kos belanja sekarang mahal,jadi memang membantu,” katanya.
Pembekal,Muhammad Redzuan Sabdin menyambut baik pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI yang disifatkan memberi manfaat kepada pengguna dan pembekal,selain selari dengan hasrat kerajaan memperluaskan program itu ke seluruh negara.
Beliau berkata,usaha tersebut turut membuka ruang penyertaan lebih ramai vendor bagi memperluas capaian inisiatif berkenaan.
“Untuk serap vendor-vendor lain supaya perbanyakkan lagi Program Jualan Rahmah ini di seluruh negeri dan negara,” katanya.
Secara keseluruhannya,program ini dilihat bukan sahaja membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga lebih berpatutan,malah berpotensi diperluaskan untuk manfaat lebih ramai.
微信扫一扫 立即联系我们