登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Letupan kilang bunga api: Angka kematian meningkat

发布:5/6/2026 阅读:3

Foto AFP

[b]LIUYANG,6 Mei – [/b]Angka kematian akibat letupan dahsyat kilang bunga api di tengah China meningkat kepada 26 orang,dengan 61 lagi cedera.

RINGKASAN BERITA AI

“Kami berasa amat sedih dan dukacita dengan bencana yang berlaku,” kata Datuk Bandar Changsha, Chen Bozhang  sambil menambah bahawa kerja mencari dan menyelamat mangsa pada dasarnya selesai.

Kerajaan pusat telah menghantar pakar untuk membimbing usaha menyelamat,di samping lebih 480 penyelamat turut dihantar segera ke lokasi.

“Mereka telah mewujudkan zon kawalan sepanjang 3 kilometer di sekitar tapak dan memindahkan orang berdekatan. Polis telah menahan pengurusan syarikat berkenaan sementara siasatan terhadap punca insiden diteruskan,” katanya.

Presiden Xi Jinping juga menyeru “usaha habis-habisan” untuk merawat individu yang cedera,mencari orang hilang dan mereka yang bertanggungjawab atas kebakaran terbabit.

Liuyang ialah hab bunga api utama,menghasilkan sekitar 60 peratus bunga api yang dijual di China dan 70 peratus daripada bunga api yang dieksport.

Kemalangan industri termasuk dalam industri bunga api adalah perkara biasa di China kerana piawaian keselamatan yang longgar.

Tahun lalu,letupan di sebuah lagi kilang bunga api di Hunan mengorbankan sembilan orang,manakala pada 2023 menyaksikan tiga orang maut selepas letupan melanda bangunan kediaman di bandar utara Tianjin.

Pada Februari,letupan berasingan di kedai bunga api di wilayah Hubei dan Jiangsu menyebabkan 12 orang meninggal dunia.-AFP

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们