
Donald Trump,AFP
WASHINGTON,6 Mei- Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump pada Selasa mengumumkan bahawa tentera AS akan menghentikan sementara “Project Freedom” bagi memulihkan kebebasan pelayaran untuk perkapalan komersial melalui Selat Hormuz,lapor Anadolu Ajansi.
RINGKASAN BERITA AI
−
Satu gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April lepas menerusi pengantaraan Pakistan,namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan. Gencatan senjata itu kemudiannya dilanjutkan oleh Trump tanpa sebarang tarikh akhir yang ditetapkan.
Sejak 13 April,AS melaksanakan sekatan laut yang menyasarkan trafik maritim Iran di laluan air strategik itu.
Turut pada Selasa,Iran memperkenalkan mekanisme baharu yang mengawal transit kapal melalui Selat Hormuz susulan kebuntuan dengan Washington berhubung laluan air strategik itu.
Di bawah sistem berkenaan,kapal yang berhasrat untuk melalui selat itu akan menerima e-mel daripada alamat yang dikaitkan dengan Persian Gulf Strait Authority (PGSA) yang memaklumkan kepada mereka mengenai peraturan transit.
Kapal terbabit kemudiannya diwajibkan mematuhi rangka kerja itu sebelum menerima permit transit,menurut saluran televisyen milik kerajaan,Press TV. -BERNAMA-ANADOLU
微信扫一扫 立即联系我们