登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

WHO giat kesan lebih 80 penumpang kontak rapat kes hantavirus

发布:5/6/2026 阅读:2

(Atas) Kapal terbang milik Airlink. (Bawah) MV Hondius kini menjadi pusat kebimbangan kesihatan antarabangsa sejak Sabtu selepas WHO dimaklumkan mengenai kemungkinan wabak hantavirus yang dipercayai menjadi punca kematian tiga penumpangnya/ AFP

GENEVA,6 Mei- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menjejaki 82 penumpang dan enam kru penerbangan yang dinaiki seorang penumpang kapal persiaran yang meninggal dunia akibat wabak hantavirus,menurut agensi itu pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI

WHO turut memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan kemungkinan penularan antara individu di atas kapal persiaran yang kini berlabuh berhampiran Cape Verde.

Pihak berkuasa kesihatan Afrika Selatan meminta syarikat penerbangan memaklumkan semua penumpang supaya menghubungi jabatan kesihatan masing-masing bagi tujuan pemantauan lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan,pihak berkuasa Saint Helena memaklumkan beberapa individu yang mempunyai kontak rapat dengan penumpang bergejala telah diarahkan menjalani pengasingan diri sebagai langkah berjaga-jaga.

“Virus ini boleh menjadi serius,namun tiada kes hantavirus dikesan di Saint Helena ketika ini,” menurut kenyataan kerajaan Saint Helena. -AFP

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们