
Foto dikongsi di media sosial menunjukkan suspek dan sepucuk pistol jenis .380 yang dipercayai digunakan dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah di Brazil pada Selasa
RIO BRANCO,6 Mei- Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Brazil menembak mati dua pekerja sekolah dan mencederakan dua individu lain termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dalam insiden di sebuah sekolah pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sementara itu,seorang saksi yang juga penyambut tetamu di hotel berhampiran,Eduardo Rodrigues Cavalcante berkata suasana menjadi panik apabila pelajar cuba menyelamatkan diri.
“Ramai pelajar cuba melarikan diri — ada yang memanjat tembok setinggi enam meter untuk menyelamatkan diri. Saya dengar bunyi tembakan dan jeritan kuat,” katanya.
Susulan kejadian,semua sekolah di negeri berkenaan ditutup selama tiga hari dan pasukan sokongan psikologi digerakkan bagi membantu pelajar serta guru.
Brazil sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan peningkatan kes serangan di institusi pendidikan. -AFP
微信扫一扫 立即联系我们