登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

KKM arah audit menyeluruh Hospital Ampang, keselamatan pesakit kekal keutamaan

发布:4/30/2026 阅读:3

FOTO FB Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR,30 April – Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan audit struktur dan digital secara menyeluruh dilaksanakan ke atas Hospital Ampang susulan gangguan sistem dan isu infrastruktur,dengan keselamatan pesakit kekal sebagai keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

RINGKASAN BERITA AI

KKM juga sedang menyemak semula protokol perolehan bagi mengelakkan sebarang kelompangan semasa proses peralihan pada masa hadapan.

Mengulas isu integriti infrastruktur,Dzulkefly berkata kebocoran di kompleks bilik bedah (OT) melibatkan paip air dalam sistem pengudaraan telah dibaiki,namun proses pensterilan mandatori,pembersihan terminal serta audit partikel udara sedang dijalankan.

“Tiada kompromi. Bilik bedah hanya akan dibenarkan beroperasi semula selepas pematuhan kawalan infeksi disahkan 100 peratus,” katanya lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan Hospital Ampang atas dedikasi dan ketabahan mereka dalam memastikan perkhidmatan kesihatan terus berjalan dalam situasi mencabar.

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们