登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Sektor perkilangan di China catat pertumbuhan bagi tempoh dua bulan berturut-turut

发布:4/30/2026 阅读:3

Sektor perkilangan di China mencatatkan pertumbuhan mendadak bagi tempoh dua bulan berturut-turut. /AFP

BEIJING,30 April – Aktiviti sektor perkilangan di China mencatatkan pertumbuhan mendadak bagi tempoh dua bulan berturut-turut meskipun berdepan lonjakan harga tenaga serta gangguan rantaian penghantaran susulan konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI

Pada Mac,bacaan PMI mencatat paras tertinggi dalam tempoh setahun,selepas aktiviti pembuatan menguncup dalam 10 daripada 11 bulan sebelumnya.

Menurut ahli statistik NBS,Huo Lihui,statistik April menunjukkan pengeluaran ekonomi terus berkembang,manakala sektor pembuatan kekal dengan trend positif.

Permintaan kukuh direkodkan bagi peralatan elektrik dan teknologi maklumat (IT),namun aktiviti pasaran bagi pemprosesan petroleum dan arang batu dilihat lebih lemah,katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama,pengilang berdepan peningkatan kos apabila harga bahan mentah naik ketara,khususnya dalam sektor tenaga dan kimia.

Data tersebut mencadangkan pengeluar China kekal berdaya tahan walaupun berdepan gangguan ekonomi global akibat konflik melibatkan Amerika Syarikat,Israel dan Iran,yang menyaksikan harga tenaga melonjak serta sekatan akses Iran ke Selat Hormuz — laluan perdagangan penting dunia.

Menurut Presiden dan Ketua Ahli Ekonomi Pinpoint Asset Management,Zhang Zhiwei,indeks PMI menunjukkan sektor pembuatan tidak terjejas secara ketara oleh konflik di Asia Barat.

Tambah beliau,pendirian dasar monetari yang cenderung kepada pelonggaran sedikit membantu mengimbangi tekanan daripada kenaikan harga tenaga.

Sementara itu,penganalisis Capital Economics,Julian Evans-Pritchard,berkata eksport serta permintaan luaran yang kukuh menjadi pemacu utama pertumbuhan tersebut.

Menurutnya,lonjakan permintaan terhadap cip memori dan produk teknologi hijau berkemungkinan memainkan peranan penting. -AFP

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们