登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Trump tolak cadangan Iran buka Selat Hormuz hingga isu nuklear selesai

发布:4/30/2026 阅读:3

Donald Trump menolak cadangan Tehran untuk membuka semula Selat Hormuz,sebaliknya memilih untuk mengekalkan sekatan tentera laut. /REUTERS

ISTANBUL,30 April– Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak cadangan Tehran untuk membuka semula Selat Hormuz,sebaliknya memilih untuk mengekalkan sekatan tentera laut bagi menekan Tehran mengenai program nuklearnya,lapor Anadolu Ajansi,memetik Axios pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI

Walaupun Trump melihat sekatan itu sebagai kelebihan yang kukuh,sumber memberitahu Axios bahawa Komando Pusat AS (CENTCOM) telah membangunkan rancangan untuk gelombang serangan udara “pendek dan kuat” bagi memecahkan kebuntuan diplomatik jika Iran tidak mengalah.

Trump masih belum membenarkan tindakan kinetik atau serangan fizikal,kata sumber. – BERNAMA-ANADOLU

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们