登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Kerajaan tingkat kawalan perbelanjaan tidak kritikal hadapi krisis global

发布:4/29/2026 阅读:2

Foto hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,29 April – Kerajaan mempertingkat langkah proaktif bagi mengawal perbelanjaan tidak kritikal dalam usaha melindungi rakyat dan ekonomi,susulan cabaran krisis bekalan global.

RINGKASAN BERITA AI

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan,panduan telah dikeluarkan kepada kementerian dan agensi bagi menyusun semula keutamaan perbelanjaan mengurus,selaras dengan cabaran semasa serta peningkatan tanggungan subsidi.

Menurut kementerian itu,langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada pendekatan pengurusan fiskal yang berhemat untuk mengoptimumkan penggunaan sumber kerajaan,sekali gus memastikan sokongan kepada rakyat dapat diteruskan secara mampan.

“Kementerian Kewangan ingin menekankan bahawa pelarasan perbelanjaan akan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi,” menurut MOF dalam kenyataan sama.

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们