登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Bekas Pengarah FBI didakwa ancam nyawa Presiden Trump

发布:4/29/2026 阅读:2

Foto AFP

WASHINGTON,29 April – Bekas Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI),James Comey,didakwa atas dua pertuduhan mengancam nyawa Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump.

RINGKASAN BERITA AI

Blanche menegaskan pihak berkuasa tidak akan berkompromi dalam kes melibatkan ancaman terhadap pemimpin negara,dengan siasatan dan pendakwaan dibuat tanpa pengecualian.

Pertuduhan itu difailkan selepas siasatan menyeluruh selama kira-kira setahun,dengan pihak pendakwa akan bergantung kepada saksi,dokumen serta kenyataan defendan bagi membuktikan niat.

Menurut Blanche,waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Comey,namun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada individu itu telah ditahan setakat ini.

Kes itu dipercayai berkait dengan satu hantaran media sosial oleh Comey pada Mei tahun lalu yang memaparkan imej susunan objek membentuk angka tertentu,yang ditafsir pihak berkuasa sebagai mesej ancaman terhadap Presiden.

Bagaimanapun,Comey dilaporkan menafikan mempunyai niat untuk mengancam,dengan menyatakan hantaran tersebut tidak membawa maksud seperti yang ditafsirkan. – AFP

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们