登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Bank Dunia ramal harga tenaga global melonjak sehingga 24% tahun ini

发布:4/29/2026 阅读:2

Foto Reuters

PARIS,29 April – Bank Dunia menjangkakan harga tenaga global meningkat sehingga 24 peratus pada 2026,paras tertinggi sejak konflik Rusia dengan Ukraine tercetus pada 2022.

RINGKASAN BERITA AI

“Harga baja dijangka meningkat sebanyak 31 peratus tahun ini,didorong lonjakan 60 peratus dalam harga urea,manakala logam asas seperti aluminium,tembaga dan timah diramalkan mencecah paras tertinggi,” menurut laporan itu.

Pada masa sama,harga logam berharga dijangka meningkat sehingga 42 peratus apabila ketidaktentuan geopolitik mendorong permintaan terhadap aset selamat.

Laporan itu turut memberi amaran harga komoditi boleh meningkat lebih tinggi sekiranya konflik berterusan atau gangguan bekalan akibat konflik Amerika Syarikat dengan Iran berpanjangan.

Ketua Ahli Ekonomi dan Naib Presiden Kanan Ekonomi Pembangunan World Bank Group,Indermit Gill berkata kesan konflik itu akan dirasai secara berperingkat terhadap ekonomi global dengan golongan berpendapatan rendah dijangka menerima kesan paling besar. – REUTERS

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们