登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Operasi penerbangan di India hampir lumpuh akibat peningkatan kos bahan api

发布:4/29/2026 阅读:2

Operasi penerbangan Air India antara yang terjejas akibat peningkatan kos bahan api. /REUTERS

ISTANBUL,29 April – Persekutuan Syarikat Penerbangan India yang mewakili Air India,IndiGo dan SpiceJet memberi amaran bahawa industri penerbangan negara itu hampir lumpuh berikutan peningkatan kos susulan ketegangan di Asia Barat dan gangguan berhampiran Selat Hormuz,lapor Anadolu Ajansi memetik Press Trust of India pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI

“Bagi memastikan kelangsungan,daya tahan dan kesinambungan operasi,kami memohon campur tangan segera pihak tuan untuk menyediakan sokongan kewangan yang segera dan bermakna bagi mengharungi situasi semasa,” menurut persekutuan itu dalam surat bertarikh 26 April kepada Kementerian Penerbangan Awam.

Syarikat penerbangan itu berkata keadaan berkenaan menyebabkan operasi antarabangsa dan domestik sebahagian besarnya tidak lagi berdaya maju,sekali gus mengakibatkan kerugian besar kepada sektor penerbangan pada April. – BERNAMA-ANADOLU

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们