登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Enam penghuni termasuk kanak-kanak terselamat dalam kebakaran di Lutong

发布:4/24/2026 阅读:1

Foto RTM

MIRI,24 April – Enam penghuni,termasuk dua kanak-kanak terselamat dalam satu insiden kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka di Kampung Sealine,Lutong,disini malam tadi (Khamis).

RINGKASAN BERITA AI

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 8.15 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya 25 minit kemudian.

Kesemua mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dewasa,dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Sementara itu,Dalam kejadian berasingan di Betong awal pagi tadi,sebuah bilik di bangunan rumah kedai Pasar Medan dilaporkan terbakar.

Kejadian tersebut turut melibatkan ruang di bahagian belakang Pejabat RISDA Betong.

Pihak JBPM Sarawak menerima laporan pada pukul 4.02 pagi sebelum tujuh anggota dari BBP Betong tiba di lokasi hanya dalam tempoh dua minit.

Kepantasan anggota bomba berjaya mengawal api sepenuhnya pada pukul 4.10 pagi,sekali gus mengelakkan kebakaran daripada merebak ke unit kedai yang lain.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan unit forensik bomba.

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们