登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Lubnan tuduh Israel lakukan jenayah perang selepas wartawan terbunuh

发布:4/24/2026 阅读:1

Amal Khalil,wartawan berpengalaman akhbar harian Al-Akhbar terbunuh dalam serangan udara Israel pada 22 April 2026 ketika mereka sedang bertugas/Foto AFP)

BEIRUT,24 April – Pemimpin Lubnan pada Khamis menuduh Israel melakukan jenayah perang selepas satu serangan udara mengorbankan seorang wartawan di selatan negara itu,ketika tentera Israel memaklumkan insiden berkenaan masih dalam siasatan.

RINGKASAN BERITA AI

Insiden berlaku ketika gencatan senjata sementara antara Israel dan kumpulan Hezbollah masih berkuat kuasa,selepas konflik yang mengorbankan lebih 2,400 nyawa di Lubnan.

Menurut laporan,Khalil bersama seorang lagi wartawan berlindung di sebuah rumah selepas serangan awal menyasarkan sebuah kenderaan berhampiran mereka.

Bagaimanapun,serangan susulan turut mengenai rumah tersebut,menyebabkan wartawan Zeinab Faraj cedera,manakala Khalil terperangkap sebelum ditemui beberapa jam kemudian.

Lubnan turut menuduh Israel menghalang operasi menyelamat serta menyasarkan ambulans,namun dakwaan itu dinafikan pihak Israel.

Tentera Israel sebaliknya mendakwa serangan dilakukan terhadap sasaran yang dikaitkan dengan Hezbollah.

Insiden itu mencetuskan kecaman antarabangsa,dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu menegaskan bahawa serangan terhadap orang awam melanggar undang-undang kemanusiaan.

“Wartawan mesti dilindungi ketika menjalankan tugas,” kata Setiausaha Agung PBB,Antonio Guterres

Beberapa organisasi hak asasi turut menggesa siasatan bebas dijalankan,sementara isu akauntabiliti terus menjadi tumpuan dalam konflik berkenaan.

Seorang wartawan,Inas Sherri,berkata dalam satu perhimpunan di Beirut bahawa akauntabiliti adalah perkara paling penting.

“Jika ada tindakan tegas sebelum ini,pembunuhan wartawan tidak akan terus berlaku,” katanya.-AFP

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们