登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

STRIDE perkasa inovasi pertahanan, kurangkan kebergantungan luar

发布:4/22/2026 阅读:1

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE),Nor Azlan Mohd Ramli/Foto RTM

KUALA LUMPUR,22 April – Penguasaan teknologi tempatan terus diperkukuh bagi memastikan kesiagaan pertahanan negara tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak luar.

RINGKASAN BERITA AI

Tambahnya,pendekatan itu bukan sahaja membangunkan teknologi,malah membolehkan industri tempatan menguasai kepakaran kritikal.

STRIDE turut bertindak sebagai penghubung antara industri dan Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan teknologi yang dibangunkan memenuhi keperluan operasi.

Kerjasama antarabangsa tidak diketepikan,namun penyesuaian teknologi luar diberi penekanan supaya dapat dikuasai sepenuhnya oleh industri tempatan.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan kita bukan sekadar pengguna,tetapi pemilik dan pembangun teknologi,” katanya.

Beliau berkata pembangunan teknologi pertahanan juga memberi impak kepada keselamatan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Teknologi yang dibangunkan mempunyai potensi penggunaan dalam sektor awam termasuk pengurusan bencana,pertanian dan logistik perubatan.

“Teknologi pertahanan kini bersifat ‘dual-use’,bukan sahaja meningkatkan keselamatan negara,malah memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们