登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Nelayan warga Thailand meninggal dunia selepas rebah di R&R

发布:4/22/2026 阅读:1

Foto RTM

KUANTAN,22 April – Seorang nelayan warga Thailand meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan,awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI

“Mangsa kemudiannya masuk ke tandas dan dilihat keluar dalam keadaan lemah serta sempat berpaut pada tiang,sebelum rebah”,katanya dalam satu kenyataan hari ini,di sini.

Mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri kemudian diangkat oleh orang awam dan dibaringkan di atas kerusi berhampiran sementara menunggu bantuan tiba.

Pasukan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

ACP Ashari berkata mangsa dikatakan tidak sihat sejak dua minggu lalu dan mengalami bengkak di kedua-dua belah kakinya,namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HTAA Kuantan untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们