登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

‘Kuota BUDI95 mungkin 150 liter sebulan’

发布:5/12/2026 阅读:1

Timbalan Menteri Kewangan,Liew Chin Tong.

KUALA LUMPUR,12 Mei – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi kuota subsidi petrol menerusi program BUDI95 kepada 150 liter sebulan bagi memperkukuh pelaksanaan reformasi subsidi bahan api negara.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian pada sesi bual santai bertajuk ‘Malaysia’s Response to Global Energy Crisis: Build Back Better’ di sini,hari ini.

Dalam pada itu,beliau menjelaskan,cabaran utama kerajaan ketika ini bukan hanya melibatkan soal kewangan negara,tetapi juga memastikan bekalan bahan api kekal stabil dalam situasi ekonomi dan geopolitik global yang tidak menentu.

Jelasnya,pendekatan secara berperingkat penting bagi melindungi golongan berpendapatan rendah,terutama penunggang motosikal,daripada tekanan kos sara hidup selain menggalakkan penggunaan bahan api secara lebih berhemah.

“Antaranya ialah memastikan penunggang motosikal terus menikmati kadar subsidi yang tinggi,dan pada masa sama memastikan bekalan kekal stabil untuk semua,walaupun pada tahap penggunaan yang lebih rendah,” katanya.

Menurutnya lagi,reformasi subsidi juga penting bagi memastikan kestabilan politik dan sosial negara terus terpelihara ketika dunia berdepan tekanan ekonomi serta krisis geopolitik global.

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们