登录以查看您的控制台资源

新闻通稿 SEO营销 媒体监测

联系我们

Literasi digital perlu diperkasa tangani ancaman pedofil – Fahmi Fadzil

发布:5/12/2026 阅读:1

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil/RTM

PUTRAJAYA,12 Mei – Literasi digital perlu terus diperkasa bagi meningkatkan kesedaran terhadap ancaman siber terutama jenayah pedofil.

RINGKASAN BERITA AI

Gesaan itu dibuat susulan kes jenayah seksual di Sabah baru-baru ini melibatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menjadi mangsa selepas berkenalan dengan seorang lelaki dewasa menerusi aplikasi TikTok.

Dalam pada itu,beliau memaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang melaksanakan sesi libat urus bersama platform media sosial bagi memperincikan mekanisme pengesahan umur pengguna.

Tegas beliau,Malaysia kini bersetuju untuk mengikut jejak langkah beberapa negara lain seperti Australia dan United Kingdom dalam menetapkan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun baharu di media sosial.

“Malaysia sama dengan banyak negara lain seperti Australia,Indonesia,Sepanyol,United Kingdom bersetuju untuk menggenakan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun baru dalam media sosial. dan kita akan lalui prosesnya.

“Waktu ini pihak MCMC sedang melakukan proses libat urus dengan platform-platform media sosial supaya proses pengesahan umur itu dapat dilakukan bila diputuskan nanti,diumumkan nanti,” katanya.

传播你的梦想,是我的使命

精准触达,高效发声,让每一次发布都有回响,把专业的事,交给专业的人,助你专注核心,我们搞定传播。

微信扫一扫 立即联系我们